resepi ni dpt dr nim (kwn wmc.....tq nim) .Mmg lembut roti ni, walaupun masa dah sejuk. Sbb ada campur susu.
Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )
450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair/ minyak
minyak untuk melenser
acuan roti jala
Cara-cara
- Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya.
- Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
- Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
- Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
- Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
- Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
- Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
- Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. - Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
- Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
- Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.
No comments:
Post a Comment