Pages

Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Roti Bakar Inti Pisang dan Cheese

Menu yang cukup ringkas untuk sarapan.




Filling:

2 biji pisang emas (dilenyek)

sedikit gula (saya guna gula perang)
Mozarella cheese
Cheddar cheese
1 camca besar butter
(campurkan semua)

Sapukan filling tadi keatas roti dan tutupkan dengan sekeping roti lagi.
Taburkan cheddar cheese keatas roti dan bakarkan selama 5-10 minit (Saya guna noxxa oven, guna option toast)

Friday, March 26, 2010

Roti coklat



150ml susu segar
2 camb gula
1 camb marjerin
1 biji telur
2 camb potato flake
250gm tepung high protein
50gm tepung gandum
1 camb serbuk koko
1 camb yis

Spageti goreng chinese style



Tumis bawang putih, masukkn cendawan hitam, ayam (saya taruh sosej), carrot, kobis. Masukkn kicap cair+pekat. Masukkan spageti yg telah dicelur.

Mashed Potato



2 biji kentang Russet
1 ulas bawang putih (cincang)
sour cream/susu segar
butter
mixed herbs

rebus kentang, kemudian lenyekkan. Masukkan bawang putih, mixed herbs, sour cream, butter. Masak hingga pekat.

(sorry x de sukatan yg tepat, tiap kali buat main campak je)




Wednesday, August 5, 2009

Kuih Lapis pandan

Lama tak update kt sini, bknnya apa asyik2 masak yg sama je. Nk tempek kt sni takut boring lak tgk menda yg sama je.


Smlm buat kuih lapis pandan, sbb dah lama tak buat....asyik2 beli ja. Beli tu tau la tak ckup ngan anak2, sbb diorang suka sgt kuih ni.








Kuih Lapis pandan

3 cawan tepung beras (kluarkan 4 sudu)
4 sudu tepung kacang hijau (hong kwe)
1 cawan gula (yg ni kurang manis, yg suka manis tmbhkan gula)
6 cawan santan (dr 1/2 biji kelapa.....klu suka lemak guna 1 biji, tp 1/2 pn dah memadai)
sedikit jus pandan (dr 8 helai daun)
secubit garam

  1. Panaskan kukusan
  2. Campurkan semua bahan2, kecuali jus pandan
  3. Bahagikan adunan kepada 2
  4. 1 bahagian dicampurkan jus pandan, 1 lg biarkan warna putih
  5. Setiap bahagian bahagikan kepada 3 cawan.
  6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak
  7. Tuangkan 1 cawan lapisan putih, kukus selama 5 minit
  8. Tuangkan 1 cawan lapisan hijau, kukus selama 5 minit
  9. Ulangi sehingga habis
  10. Lapisan terakhir kukuskan selama 10 minit
  11. Sejukkan sebelum dipotong












Tuesday, July 7, 2009

Nasi Goreng Sardin










Bahan2:



Nasi putih (1 pot beras)
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang/hiris....ikut suka)
1 sudu cili kisar
1/2 batang carrot (dadu)
2 biji kentang (dadu)
kicap/garam/gula
daun sup/bawang (utk hiasan)


Cara2:
  1. Tumiskan bawang putih sehingga wangi
  2. Masukkan cili kisar, masak sehingga cili tersebut masak
  3. Masukkan kentang, masak sehingga separuh empuk
  4. Masukkan carrot dan sardin bersama sosnya
  5. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan sedikit kicap dan gula
  7. Masukkan nasi dan kacau sehingga semuanya sebati.
  8. Masukkan bawang besar.....siap.
  9. Hiaskan daun sup/bawang






Monday, July 6, 2009

Roti Dan Kuah Durian

Dah musim durian, so masak pn ikut musim la jugak. Dah 2 hari makan kuah durian ni. Selagi larat makan, so makan je la kan . Kali ni cicah ngan roti.






Serawa Durian






Kuah (serawa)Durian:

durian
santan
gula (secukup rasa)
secubit garam
daun pandan

Cara:
Keluarkan biji durian, ambil 2-3 biji je bijinya. Gula masukkan sedikit cukup, sbb durian pun dah manis. Campurkan semuanya dan masak sampai mendidih, siap.


Boleh makan bersama pulut atau roti



Sunday, July 5, 2009

Mee goreng black fungus (Bok nee)



Grg cam mee goreng biasa, cuma tambah black fungus. Black fungus tu kena rendam dlu sampai kembang, kemudian hiris.

Wednesday, July 1, 2009

Puff kacang Merah






kulit: guna instant pastry puff jenama KawanKu
Inti: Filling kacang merah

sapu kuning telur pada bahagian atas dan bakar dalam 30 minit

Tuesday, June 30, 2009

French Loaf Toast

Today's breakfast.....

Ada beli french loaf, so buat la garlic bread. Garlic spread tinggal skit je, so yg lain letak cheese dan sosej. Kemudian bakar.


Tuesday, June 23, 2009

Jemput pisang aka coq kodok



Lenyek pisang boh secubit soda bikarbonat, campurkan tepung dan gula sedikit. Bancuh agak2 blh jemput ngan tangan dan goreng

Tuna Sandwich



Inti: Tuna, mayonis, garam, lada sulah, lada hitam

Monday, June 22, 2009

Pancake

Bahan2:
3 cawan tepung
2 camt baking powder
1/2 cawan gula
2 cawan susu
2 biji telur
2 camb butter (cairkan)
cara:
campurkan semua dan kacau hingga sebati. Klu pekat sangat tambahkan sedikit air.
Panaskan kuali nonstick, sapu sedikit minyak/butter.
Tuangkan 1 senduk adunan, biarkan sehingga berlubang2 kemudian baru kalihkan.


makan ngan ice cream sedapppppp




Sunday, June 21, 2009

Homemade Mushroom soup And Garlic bread



Bahan:

1 biji kentang (didadu)
1 biji bawang besar (didadu)
1 inci celery (didadu)
1 keping bay leaf
sedikit mixed herb
sedikit butter/minyak
cendawan (saya guna cendawan butang dan cendawan hitam)
120ml susu segar
seasoning (garam, lada)


Cara:

Tumiskan bay leaf dan mixed herb
Dah wangi masukkn kentang, bawang, celery.
Masak hingga kentang masak, masukkan cendawan.
Tutup api dah sejukkan sebentar

Simpan sedikit cendawan utk dicincang.
Kisar semua bahan2 tadi bersama susu segar.
Masakkan bahan2 yg dikisar tadi. Masukkan cendawan yg dicincang.
Masak sehingga mendidih. Klu pekat sangat tambahkan air.
Masukkan bahan perasa.



Garlic Spread





Bahan2:


1 ketul butter
1 labu bawang putih (cincang)
daun sup (cincang)
1-2 titik LP Sauce

Cara:
campurkn semua bahan2 hingga sebati .

sapukan pada roti dan bakar.



Ni yg disapukan pada roti sandwich







Bg yg tak kenal sos LP, ini la ropanya....

Friday, June 5, 2009

Puding Roti Sardin





bahan2:
roti dipotong kecil2
1 cawan susu
5 biji telur
1 tin kecil sardin
bawang besar(cincang)
sos spageti
mix herbs


  • Gaulkan sardin bersama sos spageti dan bawang
  • sapukan butter pada roti dan susun dlm loyang, lapiskan dengan sardin td
  • lapiskan lg dgn roti dan ulang smpi abih
  • pukul telur dan campurkn susu, masukkn sedikit garam
  • tuangkn kedalam loyang dan taburkan mix herbs
  • bakar selama 30-40 minit



Tuesday, June 2, 2009

Roti Jala

Roti jala bersama kari ayam



resepi ni dpt dr nim (kwn wmc.....tq nim) .Mmg lembut roti ni, walaupun masa dah sejuk. Sbb ada campur susu.


Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar

3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair/ minyak
minyak untuk melenser
acuan roti jala


Cara-cara


  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya.
  2. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
  3. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
  4. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  5. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  6. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
  7. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  8. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
    Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali.
  9. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
  10. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  11. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.


Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Tuesday, May 26, 2009

Apam Pisang

Apam pisang









Bahan2:


3 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula

1 cawan pisang yg telah dilenyek (sukat pas lenyek)

2 camt soda bikarbonat

3 camca besar marjerin/butter (cairkan)

1 cawan susu segar

1 biji telur


cara:

1. Campurkan soda kedalam pisang yg telah dilenyek

2. Campurkan semua bahan2 lain, kacau hingga sebati

3. Tuangkan adunan kedlm acuan kecik2 dan kukus selama 15 minit

4. Klu gn loyang besar, kukus dlm 30-40 minit






Monday, May 18, 2009

Popia Sosej




Guna kulit popia utk balutkan sosej
Kemudian goreng

Sunday, May 17, 2009

Roti Cawan

Sapa nk donat.......errr cam donat ke tak ATAU tak macm donat langsg hehe




Sebenarnya ini roti yg dipotong guna acuan donat. Atas tu paip stoberi jem



Roti Cawan.



lebihan roti2 bt donat td, ditekan2 dlm acuan muffin. Kemudian bakar

inti: telur rebus di hancurkn dan dicampurkn mayonis, lada sulah, lada hitam
Blog Widget by LinkWithin