Pages

Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

Kuih Lapis pandan

Lama tak update kt sini, bknnya apa asyik2 masak yg sama je. Nk tempek kt sni takut boring lak tgk menda yg sama je.


Smlm buat kuih lapis pandan, sbb dah lama tak buat....asyik2 beli ja. Beli tu tau la tak ckup ngan anak2, sbb diorang suka sgt kuih ni.








Kuih Lapis pandan

3 cawan tepung beras (kluarkan 4 sudu)
4 sudu tepung kacang hijau (hong kwe)
1 cawan gula (yg ni kurang manis, yg suka manis tmbhkan gula)
6 cawan santan (dr 1/2 biji kelapa.....klu suka lemak guna 1 biji, tp 1/2 pn dah memadai)
sedikit jus pandan (dr 8 helai daun)
secubit garam

  1. Panaskan kukusan
  2. Campurkan semua bahan2, kecuali jus pandan
  3. Bahagikan adunan kepada 2
  4. 1 bahagian dicampurkan jus pandan, 1 lg biarkan warna putih
  5. Setiap bahagian bahagikan kepada 3 cawan.
  6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak
  7. Tuangkan 1 cawan lapisan putih, kukus selama 5 minit
  8. Tuangkan 1 cawan lapisan hijau, kukus selama 5 minit
  9. Ulangi sehingga habis
  10. Lapisan terakhir kukuskan selama 10 minit
  11. Sejukkan sebelum dipotong












Monday, July 13, 2009

Ubi kayu rebus

Last weekend blk umah MIL, hujan lebat.....so masing mola gelisah nk cari menda mkn. So MIL pergi cabut ubi kayu, so mola la operasi kupas kulit. Lepas tu rebus dan goreng ubi kayu tu. Sambil2 grg tu kukur kelapa, campur garam dan gula merah....utk cicah ngan ubi kayu rebus.




yang goreng ni, cicah ngan gula.....ni yg belen2 je, abih dah di mkn



Sunday, June 28, 2009

Bengkang aka bingka beras



Bahan2:

120gm Tepung beras
60gm tepung kacang hijau (hong kwe)
200gm gula ( saya guna 150, masih terlalu manis.....kn kurangkan lg)
400ml santan
secubit garam

Cara:
campurkan semua sehingga sebati, tapiskan. Masak di atas api yang sederhana sehingga adunan pekat. Tutupkan api. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan minyak. Bakar suhu 180c selama 40-50 minit, atau sehingga garing bhagian luar





Tuesday, June 23, 2009

Jemput pisang aka coq kodok



Lenyek pisang boh secubit soda bikarbonat, campurkan tepung dan gula sedikit. Bancuh agak2 blh jemput ngan tangan dan goreng

Saturday, June 13, 2009

Kuih cara





Bahan2:

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
secubit garam
1 cawan susu
air perahan daun pandan
air secukupnya
daun pandan utk sapu minyak
gula



Bancuh semua bahan2 kecuali gula sehingga sebati. Sapukan minyak pada loyang. Tuangkan adunan 3/4 dr lubang loyang. Taburkan sedikit gula ditengah kuih. Masak guna api yg perlahan.
Guna lidi utk keluarkan kuih. Ulang sehingga adunan abis





komen.....

kuih cara yang rasa tak macam kuih cara (MIL cakap). Sbb org buat boh santan, tp ni dah dimodenkan taruh susu je. Konon2nya nk mengurangkn lemak la tu. Slu buat kt umah mmg taruh susu je, sesuai ler ngan tekak kami kt umah. Mmg jarang2 skali beli santan.
Tp bila bwk blk ke umah MIL, dia mkn seketol je....x sesuai ngan tekak dia huhu

Sunday, May 10, 2009

Monday, May 4, 2009

Kuih Lapis (2)

Kuih Lapis Koko





adunan byk sgt, tak muat loyang so kn gn loyang lain. Tak rajin dah ler nk melapis, bt 2 lapis je la


Kuih Lapis Pandan




½ camb sirap rose atau pewarna
200g tepung beras
100g tepung ubi
10g tepung sagu
300ml santan pekat
400ml air
200g gula
½ camt garam

1. Campurkan semua bahan2 dan kacau sehingga sebati. Tapiskan
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
3. Campurkn 1 bahagian dengan sirap ros
4. Tuangkn 1/3 dari adunan rose kedlm Loyang. Kukuskan selama 5 minit
5. Tuangkn 1/3 dari adunan putih dan kukuskan selama 5 minit. Ulangi sehingga adunan habis
6. Lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak.
7. Angkat dan sejukkn. Kuih hendak lah betui2 sejuk br di potong

Talam Lapis Bihun

Talam lapis bihun





ini gatal potong masa baru pas masak, tgh panas2 lg






ini yg dah sejuk smlman



mee goreng



Mee goreng














Sardin puff

Kulit guna instant pastry puff. Boh inti dan lipat. Sapu kuning telur pada kulit dan bakarkan.














Bubur oat

REbus ayam, masukkn sayur2(lobak merah, celeri). Masukkn oat















Sandwich telur dgn cheese

Inti:
Telur rebus, mayonis, lada putih

sapukan inti pada roti, letakkn sekeping cheese.
Bakar sebentar utk cairkan cheese.








Span kek topping strawberi jem


Sunday, May 3, 2009

Bengkang Roti Coklat


Apam gula hangus

Apam Gula Hangus
















Bahan-bahan:


2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.



  1. Cara-cara:

  2. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan

  3. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit

  4. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

  5. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

  6. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.

  7. Boleh juga klu guna acuan cawan kecil, kukus selama 15-20 minit


Saturday, May 2, 2009

Wednesday, August 20, 2008

Kuih lapis pandan (1)



kuih lapis koko/pandan

200ml santan pekat
900ml air
220g tepung ubi
280g gula caster
180g tepung beras
20g tepung kacang hijau
*1/2 camt cocoa emulco atau jus pandan

panaskn pengukus.
Campurkan semua bahan2 dan kacau hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 2. 1 adunan di campurkan cocoa emulco atau pun jus pandan. Klu taruh jus pandan, masukkn setitik dua pewarna hijau
Sapukan minyak pada acuan, dan panaskan acuan selama 10 minit dalam pengukus.
Tuangkan adunan putih dan kukuskan selama 4 minit
Selepas tu tuangkan adunan koko/pandan dan kukuskan selama 4 minit
ulangi langkah di atas hinggan adunan habis.
Lapisan yang akhir kukuskan selama 10 minit
Biarkan betul2 sejuk baru potong kuih.

Blog Widget by LinkWithin