1 biji telur
1 cawan air
1 camb air panas
4 ekor udang
1 biji cendawan hitam (rendam)
sedikit serbuk pati ayam
lada sulah
- kacau telur sehingga sebati. Jangan dipukul telur, memadai kacau je kalau tidak adunan akan berbuih (berongga).
- Tuangkan serbuk pati ayam kedalam air panas, kacau sehingga serbuk pati sebati.
- masukkan kedalam air dan kacau sehingga sebati.
- Tuangkan air tadi kedalam telur dan kacau sehingga sebati.
- Susun udang, cendawan kedalam cawan.
- Tuangkan adunan telur tadi.
- Kukuskan selama 10-15 minit dengan api yang perlahan. (Tudung periuk perlu direnggangkan sedikit).
* Adunan untuk 4 biji cawan (Remekin yang saiz kecil)
No comments:
Post a Comment