Lama tak update kt sini, bknnya apa asyik2 masak yg sama je. Nk tempek kt sni takut boring lak tgk menda yg sama je.
Smlm buat kuih lapis pandan, sbb dah lama tak buat....asyik2 beli ja. Beli tu tau la tak ckup ngan anak2, sbb diorang suka sgt kuih ni.
Kuih Lapis pandan
3 cawan tepung beras (kluarkan 4 sudu)
4 sudu tepung kacang hijau (hong kwe)
1 cawan gula (yg ni kurang manis, yg suka manis tmbhkan gula)
6 cawan santan (dr 1/2 biji kelapa.....klu suka lemak guna 1 biji, tp 1/2 pn dah memadai)
sedikit jus pandan (dr 8 helai daun)
secubit garam
- Panaskan kukusan
- Campurkan semua bahan2, kecuali jus pandan
- Bahagikan adunan kepada 2
- 1 bahagian dicampurkan jus pandan, 1 lg biarkan warna putih
- Setiap bahagian bahagikan kepada 3 cawan.
- Sapukan loyang dengan sedikit minyak
- Tuangkan 1 cawan lapisan putih, kukus selama 5 minit
- Tuangkan 1 cawan lapisan hijau, kukus selama 5 minit
- Ulangi sehingga habis
- Lapisan terakhir kukuskan selama 10 minit
- Sejukkan sebelum dipotong
2 comments:
Pandan must be very fragrant. Yummy yummy. Must try.
yes very fragrant.Good luck
Post a Comment