Pages

Friday, December 17, 2010

Strawbery Yogurt Mousse Cake

Homemade Strawbery Yogurt Mousse Kek untuk harijadi Faris.

Hidangan sampingan.....bihun goreng, donut. Bawak balik smua ni ke kampung, raikan kat sana




Friday, December 3, 2010

kek Pisang 2

Cubaan ke2, dari resepi yg sama cuma teknik x sama. Sbb resepi yg sblm ni padat skit kek tu. So kli ni bt rasa ringan skit




Bahan2:

240 gm tepung gandum *
2 camca teh baking powder * (*disatukan)
180gm gula caster
100gm mentega
4 biji telur
4 biji pisang berangan (dilenyekkan)
1 camca besar susu segar

  1. pukul telur dengan gula sehingga kembang.
  2. masukkan mentega dan pukul lagi sehingga kembang
  3. masukkan tepung dan susu, kacau sehingga sebati
  4. masukkan pisang dan kacau sehingga sebati.
  5. Bakarkan selama 45 minit, suhu 180.

Wednesday, November 24, 2010

Kek Pisang Karamel

Tengok Kek pisang karamel Cik Mat Gebu kt DTS (Dapur Tanpa Sempadan) mmg tergoda sgh. Dah bopa hari plan nk bli pisang, nk cuba resepi ni tapi terbantut sebab hari2 hujan segan nk kuar (alasannnn!!!). Hari ni bersempatan pegi bli pisang, so dapat gak ler cuba. Masalahnya saya kenal pisang emas dan berangan je.....so td bli pisang berangan.






Lembut kek ni
Gambar jangan banding ler ngan gmbar kat DTS tu, itu dah taraf professional....saya guna henpon cap ayam je yang dah menunggu masa ja hayatnya nak abis.



resepi kt cni yea.....
http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/11/kek-pisang-karemel.html


Tima kasih CMG......sehari tak tengok cik mat masak apa, memang tak sah!.

Friday, November 19, 2010

Nasi lemak with sambal ikan bilis



Nasi Lemak


3 cawan nasi
4 cawan santan
2 helai daun pandan
2 inci halia (hiris)
1/2 sudu kecil halba
3 ulas bawang merah (hiris)
sedikit garam

Masukkan santan kedalam rice cooker dan biarkan sehingga sehingga mendidih , kemudian masukkn semua bahan2 yg lain.





Sambal tumis ikan bilis


1 gengam cili kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sepotong halia
*blend semua bhn2 diatas.
air asam jawa
garam, gula
1 gengam anak ikan bilis (dibasuh dan toskan)

Tumis semua bahan2 kecuali ikan bilis. Biarkn sehingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan garam ,gula. Akhir skali masukkn ikan bilis, biarkan sehingga ikan lembut. Siap






Ayam Goreng


1/2 ekor ayam
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 camca kecil serbuk kunyit
1 camca besar serbuk pati ayam
2 camca besar serbuk kari daging

Perapkan ayam bersama semua bahan2, biarkan seketika. Goreng ayam didalam minyak yg banyak

Sunday, October 31, 2010

Cream Puff





250ml air
125g butter
150g tepung gandum
1/4 st garam
1 st gula
4 biji telur
1/2 st esen vanila




  1. Didihkan air bersama butter.
  2. apabila mendidih perlahankan api, masukkan tepung.
  3. Kacau sehingga tepung tidak melekat pada periuk.
  4. Tutupkan api.
  5. Masukkan telur 1-1, kacau cepat2.
  6. Masukkan adunan kedlm piping bag.
  7. Pamkan adunan keatas dulang yg telah disapukan butter.
  8. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak, dlm suhu 200c.
  9. Apabila masak, potong puff dan masukkan cream custard.

Cream Custard.

2 sudu tepung kastard

4-5 sudu gula

2 cawan susu segar

2 biji telur

1 sudu butter

Masukkn semua bahan2 kecuali butter kedalam periuk. Masakkn dgn api yang kecil, sehingga adunan licin dan pekat. Tutupkan api dan masukkan butter, kacau sehingga sebati

Wednesday, October 27, 2010

Puff Black Pepper



Pastry:
Instant Pastry puff (jenama kawanku)
Inti:
1 Biji Ubi Kentang *
1/2 batang Carrot *
3 batang sosej
1 biji bawang Besar*
2 ulas bawang putih (cincang)
sos tiram
sos lada hitam
oregano (optional)
(* dipotong dadu)
Tumiskan bawang putih dan masukkan kentang, masak hingga ubi empuk.
Masukkan carrot, sosej, sos tiram, sos lada hitam (saya tmbh skit lada hitam yg di hancurkn).
Masukkan bawang besar, oregano kacau sebentar dan tutupkan api.
Ambilkan sekeping pastry puff, letakkan inti diatas puff.
Ambilkan sekeping pastry puff lagi dan letakkan diatas inti. Tekan keliling puff mengunakan garfu dan sapukan kuning telur.
Bakar selama 15-20 minit, 180 darjah.

Monday, September 20, 2010

Marble Kek




Marble Kek
250 Butter (saya guna buttermas)
210 gula kastor
5 biji telur
250 tepung naik sendiri
1 camt baking powder
1 camb serbuk koko
50ml susu segar
Esen vanila
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
  5. Ambil sebahagian adunan, campurkan dengan serbuk koko.
  6. Sendukkan adunan berselang seli.
  7. Bakar selama 45-50 minit, suhu 160.









Sunday, August 15, 2010

Monday, April 19, 2010

Roti Pandan



110ml air (saya guna sukatan air ni blend 5 helai daun pandan)
1 biji telur
70gm gula castor
1 camb serbuk santan
300gm tepung roti
5 helai daun pandan
1 camb marjerin

Friday, April 16, 2010

Chicken ham with herbs bun



110ml air
1 biji telur
70gm gula castor
300gm tepung roti
5gm yis

8 keping chicken ham(potong 2)
mixed herbs

Tiramisu




Wednesday, April 14, 2010

Roti Burger

Homemade roti burger


Wholemeal Bread








Friday, March 26, 2010

Roti coklat



150ml susu segar
2 camb gula
1 camb marjerin
1 biji telur
2 camb potato flake
250gm tepung high protein
50gm tepung gandum
1 camb serbuk koko
1 camb yis

Banana Cake



Guna butter cake premix, cuma tambah 2 biji pisang yang telah dilenyek.

Spageti goreng chinese style



Tumis bawang putih, masukkn cendawan hitam, ayam (saya taruh sosej), carrot, kobis. Masukkn kicap cair+pekat. Masukkan spageti yg telah dicelur.

Mashed Potato



2 biji kentang Russet
1 ulas bawang putih (cincang)
sour cream/susu segar
butter
mixed herbs

rebus kentang, kemudian lenyekkan. Masukkan bawang putih, mixed herbs, sour cream, butter. Masak hingga pekat.

(sorry x de sukatan yg tepat, tiap kali buat main campak je)




Blog Widget by LinkWithin