Pages

Tuesday, June 30, 2009

Sambal Macang



2 biji cili merah
3 biji cili padi (klu nk pedas)
sedikit belacan
1 biji buah macang (hiris2)


Tumbuk cili bersama belacan sehingga hancur. Kluarkan dari batu tumbuk.
Kemudian tumbuk buah macang, dah pecah2 buah tu campurkan bersama cili tadi.

French Loaf Toast

Today's breakfast.....

Ada beli french loaf, so buat la garlic bread. Garlic spread tinggal skit je, so yg lain letak cheese dan sosej. Kemudian bakar.


Sunday, June 28, 2009

Bengkang aka bingka beras



Bahan2:

120gm Tepung beras
60gm tepung kacang hijau (hong kwe)
200gm gula ( saya guna 150, masih terlalu manis.....kn kurangkan lg)
400ml santan
secubit garam

Cara:
campurkan semua sehingga sebati, tapiskan. Masak di atas api yang sederhana sehingga adunan pekat. Tutupkan api. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan minyak. Bakar suhu 180c selama 40-50 minit, atau sehingga garing bhagian luar





Thursday, June 25, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Jemput pisang aka coq kodok



Lenyek pisang boh secubit soda bikarbonat, campurkan tepung dan gula sedikit. Bancuh agak2 blh jemput ngan tangan dan goreng

Tuna Sandwich



Inti: Tuna, mayonis, garam, lada sulah, lada hitam

Monday, June 22, 2009

Pancake

Bahan2:
3 cawan tepung
2 camt baking powder
1/2 cawan gula
2 cawan susu
2 biji telur
2 camb butter (cairkan)
cara:
campurkan semua dan kacau hingga sebati. Klu pekat sangat tambahkan sedikit air.
Panaskan kuali nonstick, sapu sedikit minyak/butter.
Tuangkan 1 senduk adunan, biarkan sehingga berlubang2 kemudian baru kalihkan.


makan ngan ice cream sedapppppp




Sunday, June 21, 2009

Homemade Mushroom soup And Garlic bread



Bahan:

1 biji kentang (didadu)
1 biji bawang besar (didadu)
1 inci celery (didadu)
1 keping bay leaf
sedikit mixed herb
sedikit butter/minyak
cendawan (saya guna cendawan butang dan cendawan hitam)
120ml susu segar
seasoning (garam, lada)


Cara:

Tumiskan bay leaf dan mixed herb
Dah wangi masukkn kentang, bawang, celery.
Masak hingga kentang masak, masukkan cendawan.
Tutup api dah sejukkan sebentar

Simpan sedikit cendawan utk dicincang.
Kisar semua bahan2 tadi bersama susu segar.
Masakkan bahan2 yg dikisar tadi. Masukkan cendawan yg dicincang.
Masak sehingga mendidih. Klu pekat sangat tambahkan air.
Masukkan bahan perasa.



Garlic Spread





Bahan2:


1 ketul butter
1 labu bawang putih (cincang)
daun sup (cincang)
1-2 titik LP Sauce

Cara:
campurkn semua bahan2 hingga sebati .

sapukan pada roti dan bakar.



Ni yg disapukan pada roti sandwich







Bg yg tak kenal sos LP, ini la ropanya....

Bottle bag



Last sunday my SIL invited us to her daughter's birthday party. I scared that have no chance to buy present for her, so don't want to waste much time. I take out my sewing machine, and made this for her. At least if no present to buy still got something to bring .


Wait for my hubby come back home till night only we manage to attend the party. And manage to buy something for the birthday girl (soft toys)

Thursday, June 18, 2009

Handmade Box (Cloth)



Ni tiru projek 'apel', dalam kain tu guna kertas tebal sgt....so bila dah jahit x elok jadinya. Takpe pasni cuba lapik yg nipis plak.

Tuesday, June 16, 2009

Bantal



Baju kemeja anak yang telah dijadikan sarung bantal. Baju tu dah sendat, tp masih nak dipakai sbb hero tu suka sangat gambar2 transportation. So baju tu pn dah tak blh dipakai, nk simpan pun cam jadi makanan anai2 je nanti. So buat je la sarung bantal




Bag



Bag lagi......kali ni guna kain jeans. Poket tu asal dari poket skirt lama, so tempek je

Apam Pisang Bercoklat


Resepi kat sini..... http://yusmarspace.blogspot.com/2009/06/apam-pisang.html


*cuma tambah 1-2 sudu serbuk koko

Sunday, June 14, 2009

french toast






sapu butter pada roti, letakkan sekeping cheddar cheese dan lapiskan sekeping lg roti.
Pkul telur dan celupkan roti td dan goreng dgn minyak yg sedikit




Apam Sprite



Bahan2:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1/2 cawan sprite/ice-cream soda
sedikit essence rose
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh Ovalette

Cara2 :
1. Pukul telur ,gula dan ovalette hingga kembang
2. Masuk tepung dan kacau sebati
3. Masuk sprite dan kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 warna. Tuang adunan selang-seli.
6. Kukus 15-20 min (acuan cawan) Kalau pakai loyang besar dalam 40 minit.





Saturday, June 13, 2009

Kuih cara





Bahan2:

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
secubit garam
1 cawan susu
air perahan daun pandan
air secukupnya
daun pandan utk sapu minyak
gula



Bancuh semua bahan2 kecuali gula sehingga sebati. Sapukan minyak pada loyang. Tuangkan adunan 3/4 dr lubang loyang. Taburkan sedikit gula ditengah kuih. Masak guna api yg perlahan.
Guna lidi utk keluarkan kuih. Ulang sehingga adunan abis





komen.....

kuih cara yang rasa tak macam kuih cara (MIL cakap). Sbb org buat boh santan, tp ni dah dimodenkan taruh susu je. Konon2nya nk mengurangkn lemak la tu. Slu buat kt umah mmg taruh susu je, sesuai ler ngan tekak kami kt umah. Mmg jarang2 skali beli santan.
Tp bila bwk blk ke umah MIL, dia mkn seketol je....x sesuai ngan tekak dia huhu

Friday, June 12, 2009

Roti bakar pisang bercoklat

potong pisang dan coklat masukkn dlm roti dan bakar guna sandwich maker.

Friday, June 5, 2009

Roti marbel






nama la roti marble, tp x nmpk ropa marble pn hehe.

ni ambik resepi dr myresepi

Puff Kacang merah



kulit: instant pastry puff
inti: kacang merah filling

Puding Roti Sardin





bahan2:
roti dipotong kecil2
1 cawan susu
5 biji telur
1 tin kecil sardin
bawang besar(cincang)
sos spageti
mix herbs


  • Gaulkan sardin bersama sos spageti dan bawang
  • sapukan butter pada roti dan susun dlm loyang, lapiskan dengan sardin td
  • lapiskan lg dgn roti dan ulang smpi abih
  • pukul telur dan campurkn susu, masukkn sedikit garam
  • tuangkn kedalam loyang dan taburkan mix herbs
  • bakar selama 30-40 minit



Tuesday, June 2, 2009

Roti Jala

Roti jala bersama kari ayam



resepi ni dpt dr nim (kwn wmc.....tq nim) .Mmg lembut roti ni, walaupun masa dah sejuk. Sbb ada campur susu.


Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar

3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair/ minyak
minyak untuk melenser
acuan roti jala


Cara-cara


  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya.
  2. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
  3. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
  4. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  5. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  6. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
  7. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  8. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
    Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali.
  9. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
  10. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  11. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.


Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Apam pisang

Resepi sama je cam apom pisang yg sblm ni, cuma kali ni balut ngan daun pisang. Masa buka tudung pengukus, bau wangi je......Rasa cam kembali zaman dlu2 la pulak.





Kali ni guna pisang berangan







Bahan2:
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 cawan pisang yg telah dilenyek (sukat pas lenyek)
2 camt soda bikarbonat
3 camca besar marjerin/butter (cairkan)
1 cawan susu segar
1 biji telur
cara:
1. Campurkan soda kedalam pisang yg telah dilenyek
2. Campurkan semua bahan2 lain, kacau hingga sebati
3. Tuangkan adunan kedlm acuan kecik2 dan kukus selama 15 minit
4. Klu gn loyang besar, kukus dlm 30-40 minit





Tiap kali nk beli pisang, mesti pening kepala. Sbb tak kenai jenis pisang. Nasib baik la kat blog kak liza ada gambar pisang2. So blh gak la jd rujukan



http://hanieliza.fotopages.com/?entry=768045




tp tiap kali pas abih pisang tu, lupa dah ropanya . So pikir blk save je la link ni, sng skit

Kuih 'Kak'

Kuih ni ala2 cam nasi impit goreng, tp tekstur kuih tu tak la rasa macam nasi impit lebih kurang mcm rasa kuetiaw. Yg pasti sedapppppp





kalau abih sepinggan mmg berat dah nk bangkit, mmg mengenyangkan






Ni kuih 'kak' yg baru dikukus. Kena sejukkn dlu baru blh di potong



250gm tepung beras
2 camb tepung ubi
sedikit garam dan lada sulah
1 camb minyak
4 cawan air

Campurkan semuanya hingga sebati dan masak atas api yg kecil. Kacau adunan supaya tak hangus. Masak hingga pekat dan adunan tak melekat pada periuk. Tutup api

sapukan minyak pada loyang dan tuangkan adunan. Ratakan adunan. Kukus selama 30 minit.
Sejukkan kuih ni sblm di potong.



Cara2 goreng kuih 'kak'.......

(tungguuuuuu......)
Blog Widget by LinkWithin