Pages

Sunday, October 31, 2010

Cream Puff





250ml air
125g butter
150g tepung gandum
1/4 st garam
1 st gula
4 biji telur
1/2 st esen vanila




  1. Didihkan air bersama butter.
  2. apabila mendidih perlahankan api, masukkan tepung.
  3. Kacau sehingga tepung tidak melekat pada periuk.
  4. Tutupkan api.
  5. Masukkan telur 1-1, kacau cepat2.
  6. Masukkan adunan kedlm piping bag.
  7. Pamkan adunan keatas dulang yg telah disapukan butter.
  8. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak, dlm suhu 200c.
  9. Apabila masak, potong puff dan masukkan cream custard.

Cream Custard.

2 sudu tepung kastard

4-5 sudu gula

2 cawan susu segar

2 biji telur

1 sudu butter

Masukkn semua bahan2 kecuali butter kedalam periuk. Masakkn dgn api yang kecil, sehingga adunan licin dan pekat. Tutupkan api dan masukkan butter, kacau sehingga sebati

Wednesday, October 27, 2010

Puff Black Pepper



Pastry:
Instant Pastry puff (jenama kawanku)
Inti:
1 Biji Ubi Kentang *
1/2 batang Carrot *
3 batang sosej
1 biji bawang Besar*
2 ulas bawang putih (cincang)
sos tiram
sos lada hitam
oregano (optional)
(* dipotong dadu)
Tumiskan bawang putih dan masukkan kentang, masak hingga ubi empuk.
Masukkan carrot, sosej, sos tiram, sos lada hitam (saya tmbh skit lada hitam yg di hancurkn).
Masukkan bawang besar, oregano kacau sebentar dan tutupkan api.
Ambilkan sekeping pastry puff, letakkan inti diatas puff.
Ambilkan sekeping pastry puff lagi dan letakkan diatas inti. Tekan keliling puff mengunakan garfu dan sapukan kuning telur.
Bakar selama 15-20 minit, 180 darjah.

Monday, September 20, 2010

Marble Kek




Marble Kek
250 Butter (saya guna buttermas)
210 gula kastor
5 biji telur
250 tepung naik sendiri
1 camt baking powder
1 camb serbuk koko
50ml susu segar
Esen vanila
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
  5. Ambil sebahagian adunan, campurkan dengan serbuk koko.
  6. Sendukkan adunan berselang seli.
  7. Bakar selama 45-50 minit, suhu 160.









Sunday, August 15, 2010

Tuesday, August 10, 2010

Monday, April 19, 2010

Roti Pandan



110ml air (saya guna sukatan air ni blend 5 helai daun pandan)
1 biji telur
70gm gula castor
1 camb serbuk santan
300gm tepung roti
5 helai daun pandan
1 camb marjerin

Friday, April 16, 2010

Chicken ham with herbs bun



110ml air
1 biji telur
70gm gula castor
300gm tepung roti
5gm yis

8 keping chicken ham(potong 2)
mixed herbs

Tiramisu




Wednesday, April 14, 2010

Roti Burger

Homemade roti burger


Wholemeal Bread








Friday, March 26, 2010

Roti coklat



150ml susu segar
2 camb gula
1 camb marjerin
1 biji telur
2 camb potato flake
250gm tepung high protein
50gm tepung gandum
1 camb serbuk koko
1 camb yis

Banana Cake



Guna butter cake premix, cuma tambah 2 biji pisang yang telah dilenyek.

Spageti goreng chinese style



Tumis bawang putih, masukkn cendawan hitam, ayam (saya taruh sosej), carrot, kobis. Masukkn kicap cair+pekat. Masukkan spageti yg telah dicelur.

Mashed Potato



2 biji kentang Russet
1 ulas bawang putih (cincang)
sour cream/susu segar
butter
mixed herbs

rebus kentang, kemudian lenyekkan. Masukkan bawang putih, mixed herbs, sour cream, butter. Masak hingga pekat.

(sorry x de sukatan yg tepat, tiap kali buat main campak je)




Sunday, December 13, 2009

Chair Mat

Projek pelapik kerusi utk geng2 opis......

Asalnya buat 1 je utk sendiri, tp bila geng2 opis tgk diorang pn nak. So buat la sorang satu. Rasa selamat skit klu kerusi berlapik (paham2 la kan hehe)

Ni yg sblm boh lis





selepas........


Tuesday, December 8, 2009

Garlic Spread

Dpt idea nk bt garlic spread ni apabila tgk astro AFC . Taste better than raw garlic.

Bawang putih dipotong sedikit bahagian atas. Taburkan thyme (fresh) dan sedikit minyak zaitun. Kemudian bakarkn didlm oven selama 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan keluarkan bawang dari kulitnya. Tak sangka bila potong camtu sng skali nk kluarkan bawang tu. Cuma cungkilkan je.

Lenyekkan bawang tadi, masukkan butter dan kacau hingga sebati


Sedap dimakan bersama sandwich atau sapu kt roti.

Wednesday, November 25, 2009

lama betul tak update kt cni, maklum la sejak tukar tmpt keja sbuk memanjang. Hari ni berkesempatan nk update skit2


Ni projek sulam ayak.......

Susah jugak nk siapkan ni, mkn masa 2-3 jam gak la. Tu pun tak blh direct godek mesin tu, bila panas mesin meragam. Mesin pn tak tahan keja tak benti.

Tp yg ni SIL yg ayak, hasil tgn saya tak gamak nk tunjuk sbb mmg btui2 'ayak' hehe.









Tuesday, November 24, 2009

Ni projek bulan lepas.....bt adiah utk angah, sempena dpt bb Harzan




Monday, August 17, 2009

Mattress

Another mattress project. This time requested by my friend, Yoke Sam. She ask me to make mattress to put on her car seat. Actually last week we went out for lunch, we sat in Voon's car. Saw her doggy car seat mattress so cute, so i snap photo of the mattress. I try to draw the doggy face follow the picture i took




And this is the result.....





Sunday, August 16, 2009

Chocolate Moist Cake

Sabtu lepas birthday anak saudara, so ayahnya srh buatkn kek. Bgtau pn dah mlm, so sempat buat ala kadar je la. Bahan2 utk decoration pn yg mana ada je. Nk taruh fresh cream, stok lak x de....so guna buttercream je la.


Chocolate Moist Cake



HappY BirthDay Along!!!. Semoga panjang umur dan success dlm upsr nnt, Insyaallah.

*Tahun ni Anis dan Along akan duduki UPSR, semoga dipermudahkn mereka.




KEK COKLAT MOIST

1 ketul butter

2 cawan gula

2 cawan tepung }

1 sudu teh baking powder }

1/2 sudu teh soda bikarbonat } Campur dan gaul sekali

6 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

Pes koko:

1/2 cawan gula }

1 cawan serbuk koko }

1 cawan susu segar } Masak atas api kecil, kacau sampai gula hancur. Tutup api, biarkan sejuk.

Pukul butter dan gula hingga kembang, then masuk telur dan esen pukul sebati. Lepas tu masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan koko yg dimasak tadi. Buat selang seli sampai habis dan kacau sebati. Sapu loyang dengan minyak atau butter dan lapik loyang dengan kertas minyak. Tuang adunan dlm loyang dan bakar selama 1 jam.

Blog Widget by LinkWithin