Pages

Saturday, June 25, 2011

Udang Goreng Kunyit

Menu yang ringkas dan cepat di sediakan.



Udang Goreng Kunyit


Bahan2:

Udang
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji cili (hiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar cili sos (jika suka)
Daun bawang

Garam, gula

  1. Goreng udang bersama dengan kunyit.
  2. Apabila udang dah garing, masukkan sos, bawang besar dan cili.
  3. Masak sebentar dan taburkan daun bawang. Siap.



Print Friendly and PDF

Sunday, June 19, 2011

Cheezy Wedges

Cheezy Wedge
Sumber: MyResepi
Bahan-bahan:
Wedges (Beli yang Frozen)
Untuk Sos:

  • 200gm cheese slice warna oren
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 cawan (125ml) susu segar
  • 2 sudu besar sour cream/yogurt perasa asli
  • Mayonis secukupnya

  1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
  3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
  4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese cair.
  5. Masukkan yogurt dan kacau sebati hingga elok kepekatannya
  6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.
Print Friendly and PDF

Saturday, June 4, 2011

Kek Velvet Ombak Beralun



Kek Velvet Ombak Beralun
Sumber : MyResepi

Bahan-bahan:

100gm mentega cair
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor
1 sk baking powder
1 sb ovellete
1/2 cawan susu sejat (saya guna susu segar)
5 biji telur

untuk hiasan:
serbuk koko secukupnya
pewarna

  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair ke dalam mixer.
  2. Pukul bahan-bahan tadi sehingga kembang dan bercakuk.
  3. Masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati. Kacau guna spatula.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  5. Warna kan adunan kepada 3 warna.
  6. Tuangkan 1 adunan kedalam loyang.
  7. Taburkan serbuk koko (guna penapis) keatas adunan tadi. Tabur sehingga menutupi semua permukaan adunan tadi.
  8. Tuangkan 1 lagi adunan dan taburkan serbuk koko.
  9. Ulangi sehingga habis..
  10. Kukuskan kek tadi selama 40 minit





Thursday, June 2, 2011

Ayam Sambal Udang Kering



Bahan2:

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering (rendam smpi kembang)
2 biji cili merah
(mesin semua di atas)

1 senduk cili kisar/boh
Isi ayam
1 pokok daun bawang
lobak merah
3 tangkai daun kari
6-7 biji cili padi
Garam
Gula
kicap

  1. Tumis bahan2 mesin sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kisar.
  3. Masukkan isi ayam, carrot dan batang daun bawang. Daunnya simpan utk hiasan.
  4. Masukkan garam, gula dan kicap.
  5. Akhir sekali masukkan daun kari dan cili padi. Masak sebentar dan tutupkan api
  6. Taburkan daun bawang.

    Monday, May 23, 2011

    Kari Dhall

    Kari Dhall



    Gulai ni nak clearkan stok yang serba skit, so campak2 je la.


    Bahan-bahan:
    1/2 cawan kacang parpu (dhall).....rendam dan rebus sampai empuk

    3 camb serbuk kari sambar (rempah kari daging)
    1 biji bawang besar *
    3 ulas bawang putih *
    1 inci halia * (bahan2 * mesin)
    Sedikit ayam/udang
    Lobak putih
    Lobak merah
    Kobis
    2 biji kentang (potong dadu besar)
    2 biji telur
    1 biji tomato (belah 4)
    1/2 cawan santan
    Halba campur
    Daun kari

    Cara:
    1. Tumiskan halba campur dan daun kari.
    2. Masukkan bahan2 mesin.
    3. Masukkan rempah sambar dan kacang parpu. Masak sehingga rempah hilang bau.
    4. Masukkan santan, kentang, lobak putih. Masak sehingga lobak empuk.
    5. Masukkan sayur2 lain, tomato dan telur.
    6. Apabila telur dah masak, tutupkan api. Siap
    * kari ni sedap makan ngn roti.

    Saturday, May 21, 2011

    Sambal Bendi



    10 biji bendi (celur dan toskan)


    Sambal:

    1 biji bawang besar (ditumbuk kasar)
    2 sudu cili mesin
    Garam
    Gula


    Tumiskan bawang dan masukkan cili mesin. Masak sehingga kering, masukkan garam dan gula.
    Tuangkan sambal keatas bendi yg telah dicelur tadi.

    Tuesday, May 17, 2011

    Roti Bakar Inti Pisang dan Cheese

    Menu yang cukup ringkas untuk sarapan.




    Filling:

    2 biji pisang emas (dilenyek)
    
    sedikit gula (saya guna gula perang)
    Mozarella cheese
    Cheddar cheese
    1 camca besar butter
    (campurkan semua)

    Sapukan filling tadi keatas roti dan tutupkan dengan sekeping roti lagi.
    Taburkan cheddar cheese keatas roti dan bakarkan selama 5-10 minit (Saya guna noxxa oven, guna option toast)

    Mini Pizza



    Pizza Base:

    150ml susu segar
    1 biji telur
    1 camca besar buttermas (butter/marjerin)
    1 camca besar gula castor
    300gm tepung roti
    1 camca besar yis
    (Masukkan semua bahan2 ikut turutan kedalam bread maker, tekan option dough)

    Filling:
    Thousand Island sos
    Sosej (dihiris)
    Jejari ketam (dihiris)
    Bawang besar (didadu)
    Carrot (didadu)
    Oregano

    1. Keluarkan dough dari mesin dan tumbukkan adunan untuk mengeluarkan angin.
    2. Ambil sedikit dough dan tekan2 kedalam paper cup/loyang.
    3. Sapukan thousand island sos, susun sosej, jejari ketam, bawang dan carrot.
    4. Taburkan ke2-2 cheese dan taburkan oregano.
    5. Bakarkan pizza selama 20-25 minit (pizza saiz kecil).
    * Kalau tak gunakan paper cup pun boleh, cuma letakkan keatas loyang. Saya gunakan paper cup ni sebab senang anak2 nak bawa kesekolah :D


    Friday, March 4, 2011

    Chawan Mushi



    1 biji telur
    1 cawan air
    1 camb air panas
    4 ekor udang
    1 biji cendawan hitam (rendam)
    sedikit serbuk pati ayam
    lada sulah


    1. kacau telur sehingga sebati. Jangan dipukul telur, memadai kacau je kalau tidak adunan akan berbuih (berongga).
    2. Tuangkan serbuk pati ayam kedalam air panas, kacau sehingga serbuk pati sebati.
    3. masukkan kedalam air dan kacau sehingga sebati.
    4. Tuangkan air tadi kedalam telur dan kacau sehingga sebati.
    5. Susun udang, cendawan kedalam cawan.
    6. Tuangkan adunan telur tadi.
    7. Kukuskan selama 10-15 minit dengan api yang perlahan. (Tudung periuk perlu direnggangkan sedikit).

    * Adunan untuk 4 biji cawan (Remekin yang saiz kecil)

    Friday, February 4, 2011

    Pau Gulung Kacang Hitam



    300gm tepung pau
    1 camca teh yis
    1 camca teh double action
    150 ml air
    1 camca besar minyak jagung
    (uli semua dan perapkan selama 1 jam)

    Filling:
    Kacang hitam

    Monday, January 3, 2011

    Jelly Cake


    Buat kek ni sempena my dotter birthday pada 01.01.2011


    Friday, December 17, 2010

    Strawbery Yogurt Mousse Cake

    Homemade Strawbery Yogurt Mousse Kek untuk harijadi Faris.

    Hidangan sampingan.....bihun goreng, donut. Bawak balik smua ni ke kampung, raikan kat sana




    Friday, December 3, 2010

    kek Pisang 2

    Cubaan ke2, dari resepi yg sama cuma teknik x sama. Sbb resepi yg sblm ni padat skit kek tu. So kli ni bt rasa ringan skit




    Bahan2:

    240 gm tepung gandum *
    2 camca teh baking powder * (*disatukan)
    180gm gula caster
    100gm mentega
    4 biji telur
    4 biji pisang berangan (dilenyekkan)
    1 camca besar susu segar

    1. pukul telur dengan gula sehingga kembang.
    2. masukkan mentega dan pukul lagi sehingga kembang
    3. masukkan tepung dan susu, kacau sehingga sebati
    4. masukkan pisang dan kacau sehingga sebati.
    5. Bakarkan selama 45 minit, suhu 180.

    Wednesday, November 24, 2010

    Kek Pisang Karamel

    Tengok Kek pisang karamel Cik Mat Gebu kt DTS (Dapur Tanpa Sempadan) mmg tergoda sgh. Dah bopa hari plan nk bli pisang, nk cuba resepi ni tapi terbantut sebab hari2 hujan segan nk kuar (alasannnn!!!). Hari ni bersempatan pegi bli pisang, so dapat gak ler cuba. Masalahnya saya kenal pisang emas dan berangan je.....so td bli pisang berangan.






    Lembut kek ni
    Gambar jangan banding ler ngan gmbar kat DTS tu, itu dah taraf professional....saya guna henpon cap ayam je yang dah menunggu masa ja hayatnya nak abis.



    resepi kt cni yea.....
    http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/11/kek-pisang-karemel.html


    Tima kasih CMG......sehari tak tengok cik mat masak apa, memang tak sah!.

    Friday, November 19, 2010

    Nasi lemak with sambal ikan bilis



    Nasi Lemak


    3 cawan nasi
    4 cawan santan
    2 helai daun pandan
    2 inci halia (hiris)
    1/2 sudu kecil halba
    3 ulas bawang merah (hiris)
    sedikit garam

    Masukkan santan kedalam rice cooker dan biarkan sehingga sehingga mendidih , kemudian masukkn semua bahan2 yg lain.





    Sambal tumis ikan bilis


    1 gengam cili kering
    2 biji bawang besar
    2 ulas bawang putih
    sepotong halia
    *blend semua bhn2 diatas.
    air asam jawa
    garam, gula
    1 gengam anak ikan bilis (dibasuh dan toskan)

    Tumis semua bahan2 kecuali ikan bilis. Biarkn sehingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan garam ,gula. Akhir skali masukkn ikan bilis, biarkan sehingga ikan lembut. Siap






    Ayam Goreng


    1/2 ekor ayam
    4 ulas bawang putih (tumbuk)
    1 camca kecil serbuk kunyit
    1 camca besar serbuk pati ayam
    2 camca besar serbuk kari daging

    Perapkan ayam bersama semua bahan2, biarkan seketika. Goreng ayam didalam minyak yg banyak

    Sunday, October 31, 2010

    Cream Puff





    250ml air
    125g butter
    150g tepung gandum
    1/4 st garam
    1 st gula
    4 biji telur
    1/2 st esen vanila




    1. Didihkan air bersama butter.
    2. apabila mendidih perlahankan api, masukkan tepung.
    3. Kacau sehingga tepung tidak melekat pada periuk.
    4. Tutupkan api.
    5. Masukkan telur 1-1, kacau cepat2.
    6. Masukkan adunan kedlm piping bag.
    7. Pamkan adunan keatas dulang yg telah disapukan butter.
    8. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak, dlm suhu 200c.
    9. Apabila masak, potong puff dan masukkan cream custard.

    Cream Custard.

    2 sudu tepung kastard

    4-5 sudu gula

    2 cawan susu segar

    2 biji telur

    1 sudu butter

    Masukkn semua bahan2 kecuali butter kedalam periuk. Masakkn dgn api yang kecil, sehingga adunan licin dan pekat. Tutupkan api dan masukkan butter, kacau sehingga sebati

    Blog Widget by LinkWithin